Monday, 23 July 2012

TIP PEMAKANAN AGAR SELALU CERIA

1. Pastikan Minum Pagi dan Makan Secara Teratur.

- Terapkan pola makan sedikit tetapi kerap berbanding makan sekali gus dalam kuantiti yang banyak. Makan sedikit-sedikit akan menghindarkan tubuh berasa letih dan lemah. Makan secara teratur pula akan membuatkan kadar gula darah dan mood anda lebih stabil.

2. Cukupkan Protein.

- Protein membantu makanan bertahan lebih lama dalam perut dan dalam aliran darah. ini membantu mencegah kadar gula menurun dengan cepat dan membantu anda tetap segar bertenaga. Tetapi makanan terlalu tinggi protein dan rendah karbohidrat juga tidak baik kerana ia menjadikan seseorang lebih moody.

** KARBO 'BAIK'
Menurut pakar nutrisi dan pemilik Institute for Optimum Nutrition, Dr. Patrick Holford, karbohidrat berindeks glikemia rendah (bawah angka 555) seperti epal, ubi dan gandum juga membantu membuat kita berasa lebih tenang.
Hal ini kerana karbohidrat merangsang pembentukan L-tryptophan yang akan diubah oleh otak menjadi serotonin (nutrisi yang menimbulkan rasa tenang dan bahagia).
Namun kita juga harus berwaspada dengan sumber karbohidrat berindeks glikemia tinggi kerana ia dapat meningkatkan kadar glukosa darah dengan cepat dan kemudian menurun dengan lajunya. Ini akan menyebabkan pankreas terpaksa bekerja keras untuk meneutralkannya.
Selain itu lengkapkan juga diet anda dengan buah jenis beri dan sitrus. Pengambilan 1,00 mg vitamin C dapat menurunkan kadar kortisol (sejenis hormon yang dikeluarkan oleh otak ketika tekanan melanda) dalam darah.

3. Hindari Gula.

- Karbohidrat biasanya dikaitkan dengan makanan yang menyenangkan hati kerana gula membantu asid amino tryptophan masuk ke otak. Namun kadar gula yang sedia ada di dalam darah akan cepat turun dan kembali merosakkan mood.


4. Makan Ikan Tiga Kali Seminggu.
- Ikan, terutamanya salmon yang mengandungi asid lemak omega tinggi dapat menstabilkan mood. Kajian mendapati bahawa mereka yang makan ikan berisiko rendah untuk mengalami depresi berbanding yang tidak makan ikan.

5. Cukup Asid Folat.

- Kajian juga menunjukkan bahawa mereka yang cukup asid folat jarang mengalami depresi. Oleh itu banyakkan makan sayur-sayuran hijau, dan asparagus yang kaya dengan asid folat.

6. Tidak Perlu Menghindari Lemak.

- Lemak, terutama minyak tumbuhan merupakan pembekal asid lemak pati yang diperlukan membuat beberapa sistem tubuh berfungsi, termasuk juga untuk mengeluarkan hormon. Menghindari terus lemak menyebabkan ketidakseimbangan hormon dan dapat memicu tingkah laku lebih agresif.

7. Makan Dengan Tenang.

- Dalam keadaan sangat tertekan seseorang individu biasanya tidak mahu makan. Jadi tenangkanlah hati dan cuba makan sedikit demi sedikit agar mood kembali tenang.

2 comments:

abikwan said...

good info! ..

patut la sekarang mood lain mcm saje.. ehehe

Jujurara said...

x ley gak x hindari lemak..nnty gemok..hehe