Monday, 23 July 2012

MAKANAN MENCERIAKAN MOOD



Banyak cara untuk beroleh hari-hari yang lebih ceria. Antaranya adalah dengan memilih makanan yang tepat. Sama ada sedar atau tidak, hubungan kita dengan makanan sebenarnya cukup dekat. Contohnya, ada sesetengah kita yang sentiasa membawa gula-gula getah dalam beg tangan dengan alasan kita memerlukannya untuk melegakan kerongkong. Atau anda memerlukan makanan ringan kegemaran untuk menemani saat menonton DVD pada hujung minggu.

Makanan terlalu mempunyai nilai emosional yang berbeza pada setiap orang. Tetapi ada beberapa jenis makanan yang betul-betul mempengaruhi emosi. Bukan kerana jenamanya, tetapi kerana kandungannya yang memang mempengaruhi mood. Mari kita lihat makanan yang dapat membuatkan kita ceria.



NUTRISI BAHAGIA PADA OTAK

Pakar nutrisi telah lama mendapati bahawa mood manusia dipengaruhi oleh bahan kimia tertentu di otak. Mereka mendapati banyak zat nutrisi dalam makanan yang dapat mempengaruhi keadaan dan sistem saraf otak.

Perkara ini diakui oleh pakar perawatan gangguan makanan, Dr. Ashley Solomon, bahawa makanan mempengaruhi neurotransmitter dengan merangsang sel otak dan mengubah cara perilaku. Serotonin misalnya dikaitkan dengan depresi iaitu apabila kadarnya dalam tubuh rendah semangat dan mood kita juga akan menurun.


Berikut adalah antara makanan dan kesannya pada mood kita:


SENTIASA BERTENAGA
Sayur-sayuran berdaun hijau, labu, dan brokoli.
Di dalam Makanan ini terkandung mineral penting seperti zat besi, magnesium dan potasium yang dapat mencegah anemia. masalah anemia akan membuatkan kita lemah, tidak bersemangat dan mudah cemas.


MENGHINDARI PMS
Susu dan semua produk tenusu, dadih, keju, brokoli dan buah-buahan kering.
Makanan yang kaya dengan kalsium ini bukan sahaja membantu pembentukan dan menguatkan tulang, tetapi juga mencegah hadirnya mood kurang baik semasa haid, selain mencegah keinginan untuk 'mengunyah' yang berlebihan.
Kalsium juga membantu melancarkan tugas sistem saraf terutama dalam memindahkan gejolak emosi. Sebab itu makanan kaya kalsium dikatakan dapat membantu mempertahankan fikiran agar tetap tenang dan seimbang.


LEBIH GEMBIRA
Sayur-sayuran hijau seperti bayam, daging lembu, makanan laut dan pisang.
Makanan jenis ini mengandungi magnesium yang membantu meredakan rasa gelisah, sedih dan bingung.


TIDAK MUDAH MARAH
Kubis, seleri, buah-buahan dan sayur-sayuran segar.
Serat pada makanan membantu melancarkan sistem pencernaan. Menurut pakar nutrisi, pencernaan yang lancar akan membuat seseorang berasa lebih gembira. Gangguan sistem pencernaan bukan sahaja menimbulkan rasa tidak selesa tetapi juga dapat membuatkan kita mudah tersinggung dan marah-marah.


TAJAM FIKIRAN
Bijirin, roti, pasta gandum penuh, nasi putih, kekacang, ikan, susu, sayur-sayuran dan buah-buahan segar.
Jenis makanan-makanan ini mengandungi vitamin yang larut dalam air seperti vitamin B kompleks (tiamin,riboflavin, niasin, pyridoxine dan kobalamin). Semua ini membantu fungsi otak dan sistem saraf agar bekerja dengan baik.
Nutrisi pada makanan tersebut meningkatkan peredaran darah ke otak dan mengubah makanan yang anda makan menjadi tenaga yang diperlukan oleh otak. Vitamin B akan meningkatkan fungsi neurotransmitter otak dan meningkatkan kemampuan berfikir, belajar dan berimaginasi.


TETAP TENANG
Bijirin, gandum penuh, kekacang, ayam, ikan, telur, susu dan produk tenusu, buah-buahan dan sayur-sayuran segar.
Makanan-Makanan tersebut mengandungi antioksidan, vitamin A, C, E, beta karotena, selenium, zink dan banyak lagi. Semua ini merupakan nutrisi yang membantu menghilangkan tekanan lalu membuat anda lebih tenang.

Selamat Mencuba.

THANK YOU for reading this entry. =)

No comments: