Wednesday 25 July 2012

CARA ATASI PERASAAN CEMBURU BUTA TERHADAP PASANGAN :D

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Perasaan cemburu adalah normal dalam sesuatu perhubungan. Namun, terdapat segelintir pasangan yang mempunyai perasaan cemburu yang meluap-luap sehingga perasaan cemburu itu menjadi tidak normal. (aku lah tu. hihihi). Perasaan cemburu ini dikenali sebagai cemburu buta. Cemburu buta boleh mendatangkan keretakan terhadap sesuatu perhubungan. Pasangan akan mula rasa rimas dan akan cuba mengelakkan diri dari pasangan yang cemburu buta. Jika anda adalah seorang yang cemburu buta, sesuatu perlu anda lakukan agar hubungan anda dan pasangan kekal harmoni.





Berikut adalah langkah-langkah yang boleh anda lakukan untuk mengatasi perasaan cemburu buta.

1. Kenalpasti faktor

 Anda harus megenal pasti apakah sebab musabab yang menyebabkan anda berasa terlalu cemburu terhadap pasangan anda. Adakah ia disebabkan oleh peristiwa hitam yang pernah berlaku pada anda sebelum ini? Atau anda kurang percaya dan yakin pada pasangan anda? Atau anda kurang yakin pada diri anda sendiri?. Carilah sebabnya agar anda tahu di manakah puncanya perasaan cemburu buta itu terbit.

2. Berfikirlah

Fikirlah sedalam-dalamnya tentang apa yang anda lakukan terhadap pasangan anda. Adakah betul apa yang anda lakukan terhadapnya selama ini?. Selalulah berfikiran positif dan berpandangan jauh.

3. Bina keyakinan diri 

Kurang yakin terhadap diri sendiri adalah salah satu punca kepada sikap cemburu buta. Merasa sangsi terhadap pasangan kerana merasakan diri sendiri tidak hebat dan banyak kekurangan boleh meretakkan sesuatu hubungan. Oleh itu, anda perlu membina keyakinan terhadap diri sendiri dengan mengenal pasti kelebihan yang ada pada diri sendiri dan yakinlah bahawa anda punya keistimewaan yang tersendiri di mata pasangan anda.

4. Beri markah pada tahap cemburu

Setiap kali anda rasa cemburu, ambil kertas dan tulislah rasa cemburu anda. Kemudian, berilah markah kepada tahap cemburu anda. Tanya pada diri anda sendiri, mengapakah anda bersikap sedemikian dan berilah markah sekali lagi.

Perasaan cemburu buta boleh meretakkan hubungan baik anda dengan pasangan dan juga boleh mengundang kepada perpisahan andai cemburu buta tidak dikawal. Jadi, kawallah perasaan dan rasa cemburu anda agar hubungan anda dan pasangan berkekalan dan aman bahagia.





p/s: Cemburu tandanya sayang, tapi cemburu buta, sayang boleh melayang. Bye sayang…Oh..don’t don’t. (Jika tak mahu sayang melayang, sila kawal perasaan cemburu anda. Jangan biarkan diri anda diselubungi perasaan cemburu buta).

Tuesday 24 July 2012

PERBEZAAN ANTARA SUKA, MINAT, SAYANG DAN CINTA




SUKA

Kita sukakan seseorang itu kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, walau berjauhan kita tidak akan merasa terlalu rindu kepada seseorang itu.


MINAT

Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya. (Dalam erti lain : Minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan. Ianya lebih kepada idola).

 SAYANG

 Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. Selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (Dalam erti lain : Sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita).

CINTA

Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau boleh nak dia tahu. Dan kita seboleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. Kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (Dalam erti lain : Cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je).



p/s : Tetapi kita harus ingat tanpa wujudnya perasaan sayang, minat dan suka, tidak mungkin kita akan jatuh cinta pada seseorang itu. =)





Monday 23 July 2012

TIP PEMAKANAN AGAR SELALU CERIA

1. Pastikan Minum Pagi dan Makan Secara Teratur.

- Terapkan pola makan sedikit tetapi kerap berbanding makan sekali gus dalam kuantiti yang banyak. Makan sedikit-sedikit akan menghindarkan tubuh berasa letih dan lemah. Makan secara teratur pula akan membuatkan kadar gula darah dan mood anda lebih stabil.

2. Cukupkan Protein.

- Protein membantu makanan bertahan lebih lama dalam perut dan dalam aliran darah. ini membantu mencegah kadar gula menurun dengan cepat dan membantu anda tetap segar bertenaga. Tetapi makanan terlalu tinggi protein dan rendah karbohidrat juga tidak baik kerana ia menjadikan seseorang lebih moody.

** KARBO 'BAIK'
Menurut pakar nutrisi dan pemilik Institute for Optimum Nutrition, Dr. Patrick Holford, karbohidrat berindeks glikemia rendah (bawah angka 555) seperti epal, ubi dan gandum juga membantu membuat kita berasa lebih tenang.
Hal ini kerana karbohidrat merangsang pembentukan L-tryptophan yang akan diubah oleh otak menjadi serotonin (nutrisi yang menimbulkan rasa tenang dan bahagia).
Namun kita juga harus berwaspada dengan sumber karbohidrat berindeks glikemia tinggi kerana ia dapat meningkatkan kadar glukosa darah dengan cepat dan kemudian menurun dengan lajunya. Ini akan menyebabkan pankreas terpaksa bekerja keras untuk meneutralkannya.
Selain itu lengkapkan juga diet anda dengan buah jenis beri dan sitrus. Pengambilan 1,00 mg vitamin C dapat menurunkan kadar kortisol (sejenis hormon yang dikeluarkan oleh otak ketika tekanan melanda) dalam darah.

3. Hindari Gula.

- Karbohidrat biasanya dikaitkan dengan makanan yang menyenangkan hati kerana gula membantu asid amino tryptophan masuk ke otak. Namun kadar gula yang sedia ada di dalam darah akan cepat turun dan kembali merosakkan mood.


4. Makan Ikan Tiga Kali Seminggu.
- Ikan, terutamanya salmon yang mengandungi asid lemak omega tinggi dapat menstabilkan mood. Kajian mendapati bahawa mereka yang makan ikan berisiko rendah untuk mengalami depresi berbanding yang tidak makan ikan.

5. Cukup Asid Folat.

- Kajian juga menunjukkan bahawa mereka yang cukup asid folat jarang mengalami depresi. Oleh itu banyakkan makan sayur-sayuran hijau, dan asparagus yang kaya dengan asid folat.

6. Tidak Perlu Menghindari Lemak.

- Lemak, terutama minyak tumbuhan merupakan pembekal asid lemak pati yang diperlukan membuat beberapa sistem tubuh berfungsi, termasuk juga untuk mengeluarkan hormon. Menghindari terus lemak menyebabkan ketidakseimbangan hormon dan dapat memicu tingkah laku lebih agresif.

7. Makan Dengan Tenang.

- Dalam keadaan sangat tertekan seseorang individu biasanya tidak mahu makan. Jadi tenangkanlah hati dan cuba makan sedikit demi sedikit agar mood kembali tenang.

MAKANAN MENCERIAKAN MOOD



Banyak cara untuk beroleh hari-hari yang lebih ceria. Antaranya adalah dengan memilih makanan yang tepat. Sama ada sedar atau tidak, hubungan kita dengan makanan sebenarnya cukup dekat. Contohnya, ada sesetengah kita yang sentiasa membawa gula-gula getah dalam beg tangan dengan alasan kita memerlukannya untuk melegakan kerongkong. Atau anda memerlukan makanan ringan kegemaran untuk menemani saat menonton DVD pada hujung minggu.

Makanan terlalu mempunyai nilai emosional yang berbeza pada setiap orang. Tetapi ada beberapa jenis makanan yang betul-betul mempengaruhi emosi. Bukan kerana jenamanya, tetapi kerana kandungannya yang memang mempengaruhi mood. Mari kita lihat makanan yang dapat membuatkan kita ceria.



NUTRISI BAHAGIA PADA OTAK

Pakar nutrisi telah lama mendapati bahawa mood manusia dipengaruhi oleh bahan kimia tertentu di otak. Mereka mendapati banyak zat nutrisi dalam makanan yang dapat mempengaruhi keadaan dan sistem saraf otak.

Perkara ini diakui oleh pakar perawatan gangguan makanan, Dr. Ashley Solomon, bahawa makanan mempengaruhi neurotransmitter dengan merangsang sel otak dan mengubah cara perilaku. Serotonin misalnya dikaitkan dengan depresi iaitu apabila kadarnya dalam tubuh rendah semangat dan mood kita juga akan menurun.


Berikut adalah antara makanan dan kesannya pada mood kita:


SENTIASA BERTENAGA
Sayur-sayuran berdaun hijau, labu, dan brokoli.
Di dalam Makanan ini terkandung mineral penting seperti zat besi, magnesium dan potasium yang dapat mencegah anemia. masalah anemia akan membuatkan kita lemah, tidak bersemangat dan mudah cemas.


MENGHINDARI PMS
Susu dan semua produk tenusu, dadih, keju, brokoli dan buah-buahan kering.
Makanan yang kaya dengan kalsium ini bukan sahaja membantu pembentukan dan menguatkan tulang, tetapi juga mencegah hadirnya mood kurang baik semasa haid, selain mencegah keinginan untuk 'mengunyah' yang berlebihan.
Kalsium juga membantu melancarkan tugas sistem saraf terutama dalam memindahkan gejolak emosi. Sebab itu makanan kaya kalsium dikatakan dapat membantu mempertahankan fikiran agar tetap tenang dan seimbang.


LEBIH GEMBIRA
Sayur-sayuran hijau seperti bayam, daging lembu, makanan laut dan pisang.
Makanan jenis ini mengandungi magnesium yang membantu meredakan rasa gelisah, sedih dan bingung.


TIDAK MUDAH MARAH
Kubis, seleri, buah-buahan dan sayur-sayuran segar.
Serat pada makanan membantu melancarkan sistem pencernaan. Menurut pakar nutrisi, pencernaan yang lancar akan membuat seseorang berasa lebih gembira. Gangguan sistem pencernaan bukan sahaja menimbulkan rasa tidak selesa tetapi juga dapat membuatkan kita mudah tersinggung dan marah-marah.


TAJAM FIKIRAN
Bijirin, roti, pasta gandum penuh, nasi putih, kekacang, ikan, susu, sayur-sayuran dan buah-buahan segar.
Jenis makanan-makanan ini mengandungi vitamin yang larut dalam air seperti vitamin B kompleks (tiamin,riboflavin, niasin, pyridoxine dan kobalamin). Semua ini membantu fungsi otak dan sistem saraf agar bekerja dengan baik.
Nutrisi pada makanan tersebut meningkatkan peredaran darah ke otak dan mengubah makanan yang anda makan menjadi tenaga yang diperlukan oleh otak. Vitamin B akan meningkatkan fungsi neurotransmitter otak dan meningkatkan kemampuan berfikir, belajar dan berimaginasi.


TETAP TENANG
Bijirin, gandum penuh, kekacang, ayam, ikan, telur, susu dan produk tenusu, buah-buahan dan sayur-sayuran segar.
Makanan-Makanan tersebut mengandungi antioksidan, vitamin A, C, E, beta karotena, selenium, zink dan banyak lagi. Semua ini merupakan nutrisi yang membantu menghilangkan tekanan lalu membuat anda lebih tenang.

Selamat Mencuba.

THANK YOU for reading this entry. =)

Saturday 21 July 2012

SALAM RAMADHAN

Assalamualaikum. =) 


Ramadhan telah pon tiba. Saudara sesama muslim, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan al-Mubarak. Saya bukan seorang Muslim yang baik, tetapi akan cuba untuk menjadi yang lebih baik berbanding tahun lepas. =)

meh meh baca niat puasa. =D


doa berbuka puasa


SELAMAT BERPUASA KEPADA UMAT ISLAM SELURUH DUNIA. =)

THANK YOU for reading this entry.

Thursday 19 July 2012

SAYA BUDAK BARU BELAJAR BER-BLOG-ING

alhamdulillah. dapat jugak saya siapkan blog ini even copy je template.. hehe... saya bru je nak belajar berbloging. sekiranya terdapat kekurangan pada blog ini, minta maaf banyak2.