Thursday 22 November 2012

SENGGUGUT


Senggugut atau 'dysmenorrhoea' bermakna pengaliran haid yang sakit. Kesakitan yang dirasai ketika datangnya haid adalah disebabkan oleh penguncupan dinding rahim yang amat kuat. Proses ini bertujuan bagi mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur dengan sedikit tisu daripada selaput endometrium. Darah ini perlu dikeluarkan melalui saluran pangkal rahim. Kebiasaannya, dinding rahim yang dimiliki oleh seorang gadis remaja masih sempit.



Penguncupan dinding rahim yang begitu kuat disebabkan oleh sejenis hormon yang dikenali sebagai 'prostaglandin'. 'Prostaglandin' adalah daripada sejenis kumpulan molekul lipid yang berasal daripada asid lemak dan peranannya sangat penting di dalam tubuh. Ia menjadi pengantara serta memberi banyak kesan terhadap psikologi. Disebabkan itulah kesakitan terasa dan jika ia dihasilkan secara berlebihan maka terjadilah senggugut. 'Prostaglandin' yang berlebihan akan mengakibatkan rasa mual, cirit-birit, muntah serta sakit kepala. Oleh yang demikian, kehamilan dan kelahiran dapat membantu mengatasi masalah kesempitan pada saluran rahim yang menjadi punca kepada senggugut.

Kesakitan ini berbeza antara seorang wanita dengan yang lain. Ada yang mungkin rasa sakitnya ringan sementara yang lainnya akan mengalami sakit yang teruk hingga tergolek-golek. Jangka waktu sakit juga berbeza, ada yang mengalami sehari, ada pula yang mengalaminya setiap kali datang haid bergantung kepada keadaan.

Ramai dikalangan wanita yang risau samada senggugut boleh menyebabkan kemandulan. Ini tidak benar dan senggugut biasanya akan hilang setelah gadis berumahtangga dan mendapatkan anak. Kehamilan dan kelahiran dapat mengatasi masalah kesempitan pada saluran rahim yang menjadi punca pada senggugut. Walau demikian sebahagian kecil dari mereka akan menghadapi masalah ketidaksuburan dan mudah gugur kandungan jika senggugut itu berterusan selepas kahwin. Mereka ini mungkin mengidap penyakit ‘endometriosis’.

SIMPTOM

Senggugut teruk (Premenstrual dysphoric disorder /dysmenorhoea) PMDD merupakan sindrom tekanan prehaid (premenstrual stress syndrome) PMS yang amat teruk sehingga akibat simptom fizikal, mental atau emosi. RAWATAN DICADANGKAN kerana PMDD mengganggu keupayaan pesakit untuk berfungsi dalam kehidupan kerja dan sosial harian. Simptom utama muncul antara ovulasi dan haid, dan hilang selepas beberapa hari selepas kedatangan haid Resah, cepat marah, dan kemurungan mungin berlaku. Simptom utama, yang melumpuhkan, termasuk :-

Rasa lenguh dan sakit di bahagian bawah perut, belakang, pinggang.
Perut kembung.
Tegang pada payu dara.
Degupan jangung (heart palpitations).
Sakit kepala.
Rasa pitam.
Mual 50%, muntah 25%.
Sembelit atau cirit birit 35%.

Tekanan emosi (cepat sedih, menangis).
Merasa letih.
Perasaan tegang atau resah.
Mudah terganggu atau cepat marah.
Tidak kisah atau tidak berminat dalam aktiviti harian dan hubungan.
Sukar menumpu perhatian.
Lesu.
Peningkatan nafsu makan.
Sukar tidur, insomnia atau hipersomnia.
Perasaan "luar kawalan".
Peningkatan atau penurunan nafsu seksual.


RAWATAN

Gadis gadis yang mengalami senggugut boleh mengambil ubat penawar sakit seperti Panadol, Aspirin, Ponstan, Synflex dan lain ubat yang sesuai. Tetapi dalam kes kes yang lebih teruk, dapatkan rawatan dari klinik terdekat. Doktor akan memberi ubat penawar sakit yang mengandongi hormon ‘ Norethisterone’.


Ubat pink ni adalah panadol menstrual yang saya gunakan sekarang. ubat ni hanya lah sekadar ubat tahan sakit. Alhamdulillah. Boleh melegakan senggugut saya. cubalah..... =)

Sumber: Pelbagai.

THANK YOU for reading his entry. =)

Friday 16 November 2012

FAKTOR-FAKTOR MENIMBULKAN KEPERCAYAAN



Mempercayai seseorang bukanlah mudah sebenarnya. Jika baru mengenalinya tentu perasaan sangsi akan timbul dalam diri. Ada juga yang sudah lama mengenali tapi masih juga belum mempercayai. Dalam satu perhubungan, tidak elok sekiranya kamu masih tidak ada kepercayaan terhadap si dia. Walaupun mungkin kamu tidak akan mempercayai si dia seratus peratus, tapi tak salah kalau kamu meletakkan anggaran dibawah 70 peratus keyakinan kamu terhadapnya. Tapi mudahkah kamu melakarkan kepercayaan terhadap si dia? Sebenarnya ada faktor-faktor yang boleh menimbulkan kepercayaan.



Konsisten


Kamu mempercayai apa yang dilihat dan didengar tanpa syak wasangka. Bagi kamu apa yang dibicarakan tidak perlu disangsi kerana ianya ada kebenaran serta boleh mendatangkan kebaikan dalam perhubungan kamu. Tapi berhati-hatilah kerana mungkin dengan cara ini si dia boleh menjerat kamu. Siapa tahukan!




Boleh Dikawal

Perkara-perkara yang bagi kamu adalah konsisten membuatkan kamu boleh menganggap adakah si dia boleh dikawal ataupun tidak. Contohnya, si dia akan datang tepat pada waktu yang dijanjikan dan boleh menerima pendapat kamu. Maknanya kamu boleh mengawal dirinya dari melakukan perkara yang tidak kamu sukai. Bukanlah bermakna kamu boleh mengongkongnya tetapi jika si dia menuruti kehendak kamu ini bermakna si dia mempercayai kamu dan tidak ragu-ragu dengan cara kamu.




Komitmen

Komitmen bukanlah sekadar menepati janji, tapi juga menghargai perjanjian yang telah dipersetujui bersama. Jika kamu ataupun si dia berani berkomitmen dan bersungguh-sungguh dalam perhubungan, tentu saja perhubungan kamu ceria dan aman. Sikap saling mempercayai yang wujud dalam diri masing-masing akan mewarnai lagi perhubungan kamu itu. Malah ianya akan membuatkan si dia lebih yakin dengan kejujuran kamu terhadapnya. Jadi tiada alasan untuk si dia berlaku curang terhadap kamu.





Ketulusan dan Kejujuran

Kejujuran memang perlu untuk menjamin sebuah perhubungan yang bahagia. Kamu juga tidak patut menyembunyikan perkara-perkara yang sepatutnya diketahuinya. Jika kamu dan si dia jujur, ini membolehkan kamu berdua tidak takut untuk berbahas kerana berpendapat ianya juga untuk kebaikan bersama. Walaupun adakalanya tercetus pertengkaran kecil kerana masing-masing ingin mengutarakan pendapat sendiri, tetapi akhirnya mengambil keputusan untuk memilih pendapat yang terbaik demi menjamin perhubungan yang stabil. Bukan saja dari segi perbuatan malah juga percakapan. Apa yang ingin disampaikan haruslah dengan niat sejujur yang mungkin dan bukanlah hanya untuk melindungi kesilapan. Pilihlah kata-kata yang sedap didengar dan senang dimengertikan. Melalui komunikasi, kita juga boleh menangkap adakah si dia jujur dan tulus ataupun sebaliknya.




Terima Seada-Adanya

Kunci keintiman dalam suatu perhubungan adalah menerima seadanya baik buruk pasangan kamu. Bila hati sudah suka dan sayang, tentu saja kamu sanggup menerimanya walaupun menyedari tentunya ada perkara-perkara negatif tentangnya. Namun begitu, tentunya kamu dan si dia berusaha untuk berubah jika terdapat sikap-sikap yang tidak disenangi hingga boleh menjejaskan perhubungan. Usaha kamu dan si dia ini menampakkan kesungguhan yang amat ketara demi menjamin perhubungan.




Memahami

Sebahagian besar individu menginginkan pasangan yang tidak hanya mendengar pendapat sebelah pihak. Malah harus bijak mengutarakan pendapat sendiri. Kamu juga tentunya berharap agar si dia memahami tentang pandangan kamu terhadap pelbagai perkara. Jika tidak, mungkin perhubungan hanya mendatar saja. Bukan itu saja, kemarahan juga boleh timbul ekoran perasaan yang tidak memahami dan menganggap diri kamu tidak dihargainya.




Meyakini

Bila rasa yakin, kamu boleh memberi pandangan bersama si dia. Baik dalam hal-hal remeh temeh hinggakan ke perkara yang serius. Kamu akan merasa si dia bukan saja mendengar malah akan menyimpan rahsia kamu. Apa yang penting kamu juga harus mengetahui dan berkeyakinan adakah si dia memang boleh menyimpan rahsia ataupun tidak!




Pebezaan Pendapat

Memanglah tak dapat lari dari perbezaan pendapat antara kamu dan si dia. Mereka yang berusaha terlalu keras untuk menyangkal atau takut mengakui bahawa dirinya berbeza pendapat dengan pasangannya selalunya seorang yang tidak berani menghadapi kenyataan. Tak mungkin akan selalu sama pendapat sebaliknya mampu berkompromi untuk menunjukkan kedewasaan masing-masing.




Elakkan Berdendam

Cinta sejati akan diwarnai oleh pengertian dan rasa untuk dimaafkan. Kerana dendam boleh menjadi punca kehancuran sesebuah perhubungan. Walaupun pernah dilukai, namun perasaan dendam ataupun membalas balik mungkin tidak akan terlintas dalam fikiran. Bagi diri kamu, mungkin berdendam bukanlah jalan penyelesaian yang terbaik malah ianya akan memburukkan lagi keadaan. Oleh sebab itulah kemaafan adalah perkara yang terbaik untuk menjernihkan suasana.




Berfikiran Terbuka

Banyak pasangan merasakan tidak perlu untuk mengungkapkan secara lisan apa yang ada dihatinya. Walaupun hakikatnya perkara itu sangat penting dan perlu disampaikan secepat mungkin bagi menggelakkan perkara yang tidak diingini akan berlaku. Oleh sebab itulah, jalan yang terbaik ialah setiap individu harus berfikiran terbuka. Bukannya harus menerima pendapatnya tanpa perlu berfikir panjang sebaliknya kita harus mendengarnya dahulu dan barulah membuat keputusan. Tak semestinya apa yang dikatakan tidak elok begitu juga sebaliknya.




Tidak Selalu Mendampingi

Bukan semua orang sukakan kekasihnya sentiasa disisi. Ada juga yang inginkan sedikit kebebasan dan asal bijak mengawal diri itu sudah cukup memadai. Apa yang penting, jika si dia tidak menemani kamu, jangan pula berfikir yang bukan-bukan dan mulalah menganggap yang si dia sengaja mahu mengabaikan kamu. Singkirkan perasaan ini kerana ini bukanlah niatnya sebaliknya ingin memberikan kamu sedikit ruang untuk menjalani aktiviti sendiri.




Jarak Jauh

Saat terpisah dek jarak yang jauh sebenarnya banyak mengajar kita erti rindu yang sebenar. Walaupun tempohnya agak lama, haruslah mempercayai jarak dan waktu tersebut tidak akan memisahkan diri kamu dan si dia. Perasaan ini harus wujud walaupun tidak selalu dapat bersua namun perasaan saling merindu dan menyayangi akan menguatkan lagi perhubungan kamu itu. Apapun teguhkan hati dan pendirian kamu bahawa hanya cinta si dia sahaja yang bertakhta di hati.




Persamaan

Persamaan antara kamu berdua akan menguatkan lagi rasa cinta bila masing-masing yakin bahawa hubungan itu diimbangkan dengan prioriti utama. Jangan hanya mementingkan hak seorang diri saja dan haruslah mengambil berat tentang kedua belah pihak. Sebenarnya kamu berdua saling memerlukan antara satu sama lain untuk memastikan keseimbangan dalam perhubungan.




Tak Saling Menyalahkan

Tak selalu hubungan yang terjalin berjalan lancar dan adakalanya ia akan bergegar jua. Hubungan cinta yang lancar haruslah tidak dilandasi sikap saling menyalahkan. Apa yang terjadi merupakan interaksi dari dua pihak yang memiliki kebebasan mengeluarkan pendapat dan keinginan yang berbeza. Menyalahkan antara satu sama lain bukanlah boleh menyelesaikan masalah sebaliknya akan menjejaskan lagi hubungan. EGO mungkinlah penyebab mengapa kamu dan si dia saling menyalahkan antara satu sama lain.




Hormat-Menghormati

Saling hormat-menghormati adalah dasar perhubungan yang positif. Kamu harus menghormati si dia dan begitu juga sebaliknya. Tapi jangan kerana terlalu menghormatinya hinggakan kamu berasa amat segan dengannya. Ini akan mendorong rasa malu dan segan untuk meluahkan apa yang kamu pendamkan dan membuatkan hubungan kamu sukar untuk berkembang. Oleh sebab itulah kamu perlu membatasi rasa hormat dan segan terhadap si dia.




Menghargai

Tidak salah sekiranya kamu menghargai si dia. Bukannya hendak menyanjung tinggi ataupun terlalu memuja dirinya. Tetapi biarlah sekadar si dia tahu yang kamu amat menghargai kasih dan dirinya.  Hanya kamu saja yang tahu bagaimana kerana lain orang lainlah caranya. Apapun kalau kamu memang sayangkannya, jangan segan silu untuk menunjukkan perasaan kamu serta jangan lupa hargai perasaan dan dirinya.




Bukan Materialistik

Bayangkanlah kalau kamu seorang yang materialistik? Mesti kekasih kamu pokai dibuatnya. Mana taknya kalau kamu minta yang bukan-bukan. Dalam perhubungan, jangan sesekali kamu menjadikan wang sebagai punca utama mengapa kamu memilih si dia. Jika ianya terjadi, hubungan kamu mungkin sukar bertahan lama dan membuatkan si dia akan berprasangka terhadap kamu.




Perancangan Bersama

Manusia hanya mampu merancang tapi Allah SWT yang menentukan segalanya. Tapi ada bagusnya kalau kamu dan si dia merancang sesuatu untuk menjamin kebahagiaan. Tentunya kamu sendiri inginkan yang terbaik demi masa depan bersama. Bukan mudah untuk mencipta kebahagiaan dan mengecapi kegemilangan dalam perhubungan. Pastinya semua mengimpikan sesuatu yang indah dalam perhubungan.







Aku juga inginkan kebahagiaan dalam perhubungan... 
motivate myself to be better than the past. InsyaAllah =)


SUMBER: wordpress.

THANK YOU for reading this entry. =)

Thursday 15 November 2012

PEREMPUAN







Perempuan kuat merajuk, cepat dan senang terasa, cepat dan mudah menangis, cepat cemburu, BUKAN SEBAB MENGADA, tapi sebab Allah SWT cipta isi hati mereka lemah dan penuh kelembutan.






Jangan bergurau sebarangan dgn hati perempuan. Mungkin nampak teguh, tapi hakikatnya hati ini mudah terusik. Jangan menyentuh jika tidak berniat mahu memetik.



Hati perempuan itu macam tisu. Bila terkena air mudah hancur.









Perempuan yang selalu tidur dengan air mata dan keesokkannya bangun dengan senyuman :) Perempuan tu memang ada hati yang tabah :')
harap diberi kekuatan untuk setabah itu InsyaAllah.



Perempuan yang setia hanya menyimpan satu nama lelaki di hatinya, walaupun dia sedar ramai yang lebih baik darinya.



Perempuan itu unik. Kamu mampu melihatnya tersenyum sepanjang hari, tanpa mengetahui betapa dia menangis sepanjang malam.






Jangan rasa pelik kenapa perempuan ketawa lebih daripada yg biasa dia lakukan. Itulah cara mereka mengembirakan diri mereka ketika sedih.



Bila PEREMPUAN jatuh cinta. Tiada siapa yang tahu kecuali dirinya.
(Bila LELAKI jatuh cinta. Semua orang tahu kecuali perempuan yang dicintainya.)



Bila perempuan ketawa, ketawa dia lebih ikhlas daripada lelaki.
(Tetapi lelaki kalau menangis, airmata dia lebih jujur daripada perempuan.)



Cintailah aku kerana diriku, kerana sifatku bukan kerana harta dan rupaku. Aku hanya insan biasa yang tak lepas dari ujian, dugaan dan dosa. Hanya satu pintaku darimu. Bersama-sama kita mencari kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Moga Allah merestui segalanya. Amiinnn~

SUMBER : FACEBOOK.

THANK YOU for reading this entry. =)

Wednesday 14 November 2012

LANGKAH-LANGKAH ATASI STRESS


Ohh!! Stress.. :(

Bila sebut pun kita akan terasa tekanan dan himpitannya. Itulah penangan stress. Stress bukanlah sesuatu yang perlu dilenyapkan dan dihapuskan dalam kehidupan kita. Tetapi ia perlu ditangani dan diurus dengan bijak dan betul.
Unik dan istimewanya kehidupan ini – ia diwarnai dengan pelbagai situasi dan keadaan. Salah satunya ialah stress, tekanan dan himpitan. Cuba banyakan hidup tanpa stress?
Kita akan menjadi bosan. Sekiranya hal ini berlaku, kerja kita merudum , tidak proaktif dan menurun. Namun, stress ini perlu dibawah kawalan dan tidak boleh berlebihan serta membawa mudarat.
Sebagai muslim, kita benar-benar yakin segala ujian, musibah dan cabaran itu datang daripada Allah SWT. Imanlah yang akan menjadi tonggak utama kepada penyelesaian setiap stress yang kita hadapi. Bertitik tolak daripada inilah, kita harus tangani stress secara harmoni, penuh pengharapan dan pergantungan kepada Allah SWT. Ayuh kita semak, petua-petua ini :


Ubah Wajah Stress Secara Positif
Langkah paling awal ialah mengubah paradigm kita tentang stress itu sendiri. Katakan pada diri stress itu adalah sebahagian daripada diri, jiwa dan kehidupan kita!
Nescaya, kita akan rasai sesuatu yang berbeza daripada orang lain. Minda positif dan cara pandangan yang baik akan membawa kepada cara berfikir yang mengharmonikan kehidupan ini. Sedarilah hakikat ini dengan merenungi firman Allah SWT yang bermaksud :
“ Sesungguhnya manusia dijadikan bertabiat resah gelisah. Apabila ditimpa kesusahan dia berasa keluh kesah. Dan apabila mendapat kesenangan dia sangat bakhil.”
( Al-Ma’arij  70 : 19-21)

  Mulakan Hari Anda Dengan AMAD

A = Al-Quran
Ma = Mathurat
D = Dhuha ( Solat Sunat)
Hari yang dimulakan dengan AMAD adalah hari yang sangat tenang, bahagia dan mententeramkan. Ia berbeza dengan hari-hari yang berlalu tanpa AMAD ini. Kerana apa?
Hati, jiwa, perasaan dan sanubari kita berhubungan kuat dengan Allah SWT. Rabb yang melimpahkan segala ketenangan, cahaya dan kebahagiaan kepada manusia. Tiada hari yang lebih baik, mulia dan berharga daripada hari-hari yang jiwanya dekat dan hampir dengan Allah SWT.
Ingatkah kita dengan sabda Rasulullah SAW kepada Bilal RA yang bermaksud :
“ Wahai Bilal, tenangkan kami dengan solat.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Ayuh, AMADkan diri anda!

  Kemas, Susun dan Atur Tempat Kerja Anda

Kekadang kita stress sebab kita serabut! Pandangan mata kita diserabut dengan tempat kerja, kediaman dan suasana pejabat yang serabut.
Jadi, langkah paling praktikal ialah kemas, susun dan atur segala peralatan, kemudahan dan kerusi meja di temapat kerja kita. Kalau kita pelajar, meja belajar mesti berada dalam keadaan yang menyenangkan.
Kata boss saya : “Pastikan meja tip top!.”
Cuba lakukan, dan kemudian nyatakan perasaan anda setelah semuanya kemas, bersih, tersusun dan teratur. Kongsikan ya!

  Gunakan Haruman yang Menyegarkan

Saya pernah hadiri satu kursus pengendalian dan mengurus stress. Menariknya, salah satu cara yang diketengahkan dalam menghadapi stress adalah melalui aroma terapi bau-bauan.
Secara fitrahnya, bau yang wangi, harum dan sedap dihidu dapat memberikan ketenangan, kedamaian dan keharmonian kepada jiwa. Kerana itu juga, salah satu perkara yang dicintai oleh baginda Rasulullah SAW adalah wangi-wangian.

  Kikis Dosa, Bintik-Bintik Hitam di Hati Dengan TIM!

Salah satu, kesempitan dan himpitan hidup adalah akibat perbuatan dosa. Dosa akan menyebabkan kita diburu oleh perasaan bersalah dan terus bersalah. Akibatnya, stress hadir tanpa kita sedar.
Oleh itu, kikis dan buang dosa-dosa yang melekat dalam jiwa kita dengan TIM.
T = Taubat
I = Istighfar
M = Muhasabah
Kesannya? Kehidupan kita menjadi luar biasa. Hati tenang, jiwa tenteram dan nurani begitu damai. Lihatlah ahli-ahli taubat, mereka menghirup keharuman taubat di awal-awal pagi dengan solat taubat dan akhirnya terpancar ketenangan di wajah mereka yang penuh berseri.

  Kurangkan Gossip dan Menjadi Penunggu Gossip

Akhirnya, langkah ini adalah langkah yang tersukar. Gossip, kata-mengata, menyebar fitnah atau budaya mengumpat tumbuh subur di kalangan manusia. Realitinya, ia berlaku disemua tempat, kedudukan dan masa.
Gossip adalah suatu perbuatan yang menyeronokan jiwa. Sekali terkena, kita akan ketagih. Menjaja keburukan, keaiban dan kesalahan orang lain sememangnya selari dengan kehendak hawa nafsu. Tetapi, ramai yang tidak sedar kesannya kepada keharmonian jiwa?
Kita akan bersangka-sangka buruk kepada sesiapa sahaja.
Hati kotor dan semakin hitam kerana sebar gossip adalah suatu dosa.
Gossip memang best, seronok dan mengasyikan kerana ia disukai oleh jiwa manusia yang busuk.

Kerana itu, tanda jiwa kita bermasalah dan stress – kita sukakan dosa. Dan salah satunya ialah menjaja gossip di mana-mana. Justeru, jika terasa amat-amat tension, tertekan dan sebagainya : tanyalah dalam hidup anda, adakah aku ini penggosip yang tegar?

Penutup : Hiduplah Dengan Hembusan Ketenangan

Jika dilihat balik, kita sebenarnya punyai pilihan sama ada untuk hidup dalam keadaan tertekan atau dalam keadaan yang penuh ketenangan.
Kita diberikan pilihan.
Tiada siapa pun boleh memaksa kita.
Terpaksa, dipaksa atau sebaliknya – semuanya terletak dibahu kita semua.
Kita punyai hak untuk merasai ketenangan yang dijanjikan oleh Allah SWT kepada semua manusia. Ketahuilah, ketenangan adalah hak milik semua insan.
Sama-sama kita urus stress dengan harmoni.

Hati Bahagia + Ketenangan Di Jiwa + Hidup Senyum Sentiasa = Ia bagaikan hidup di Syurga!


Copy dari blogger Islamik :) 

THANK YOU for reading this entry. =)

Friday 17 August 2012

 Aku terjumpa benda menarik kat FACEBOOK a.k.a FB yang pernah fofuler dolu-dolu. :D So... aku pon teringin nak buat entry pasal benda ni. JOM KITA BACA...

 
 

(1) Tanah = anak pertama, anak kelima, anak kesembilan

(2) Air = anak kedua, anak keenam, anak kesepuluh

(3) Api = anak ketiga, anak ketujuh, anak kesebelas

(4) Angin = anak keempat, anak kelapan, anak keduabelas


TANAH

Sifat tanah dikaitkan sebagai jenis Deria. Ia tergolong sebagai sifat kewanitaan. Orang menghargai kebendaan, keras hati, sabar,disiplin diri, berhati-hati, boleh diharap, tidak tegas, cekap, percaya hanya perkara yang boleh dicapai oleh deria.

(JENIS PANCAINDERA: SYAHWAT, KERING)

 
Sedar mengenai hakikat diri, menilai material, sebar, tabah hati, disiplin diri, berhati-hati, boleh diharap, tidak tegas, efisyen, percaya hanya pada apa yang boleh dicapai oleh pancaindera, muram atau sugul, diberatkan oleh keperluan. Kepala angin, bimbang, tegas, tenang, boleh putus harapan, pendiam, tidak peramah, senyap. Badannya kurus, kurangnya tidur, tidak sabar jima', selalu sihat, banyak kerja.

AIR

Sifat air dikaitkan jenis Perasa. Ia tergolong sebagai sifat kewanitaan. Lemah-lembut, dalam perasaannya, mengasihani, memaksa, penakut, kepala angin, imaginatif, lemah terhadap teguran, berahsia, memahami, tidak tamak, artistik.

(JENIS PERASA: FIKIRAN, BASAH)
 
Lemah lembut, perasaannya dalam, belas kasihan, penakut, ada angin, imaginatif, mudah terluka hatinya, berahsia, mudah memahami perasaan orang lain, tidak tamak, ada bakat seni, positif, berhati-hati, berfikiran panjang, aman hatinya, terkawal, boleh dipercayai, penyabar, tenteram. Tubuhnya tambun, banyak lemak, banyak tidur, sedikit malas, lambat dan agak kurang faham.

API

Sifat api dikaitkan sebagai jenis Intuisi (kebolehan mengetahui sesuatu melalui bisikan kalbu). Ia digolongkan sebagai sifat kelelakian. Pentingkan diri, megah, bersemangat tinggi, kompetitif, perlukan ruang, kebudakan atau kurang matang, keras hati, kecenderungan ke arah tidak peka terhadap sesuatu, sentiasa sedia untuk menempuh sesuatu yang baru dan berisiko, mampu melihat kemungkinan masa depan.

(JENIS INTUITIF: CINTA, PANAS)
 
Pentingkan diri, megah, semangat tinggi, kompetatif, perlukan ruang, keanakan atau lurus, menaruh harapan, cenderung untuk tidak sensitif, sentiasa sedia untuk sesuatu yang baru dan berisiko, mampu melihat kemungkinan baru, yang mana orang lain tidak terfikirkan. Perasa, gelisah, agresif, mudah teransang, mudah berusaha, pemaksa, optimis, aktif. Kerjanya segera, jalannya cepat, terang hati, panas tubuhnya, kurang tidurnya.

ANGIN

Sifat angin dikaitkan dengan jenis Pemikir. la digolongkan sebagai sifat kelelakian (masculine). Lelaki ini berpegang kepada teori, tidak mudah terpengaruh oleh pendapat orang lain, objektif, rasional, menghadapi kesukaran untuk melibatkan emosi, menghargai kebolehan intelektual, mahukan kebebasan, mempunyai mentaliti ambil mudah, sukakan fakta dan figura.

(JENIS PEMIKIR: JIWA, SEJUK)
 
Orang teori, sukar dipengaruhi, objektif, rasional, sukar terlibat dalam hal emosi, menilai tinggi kebolehan intelektual, keperluan untuk bebas, mentaliti ambil mudah, suka pada fakta dan figura. Mudah bergaul, boros, banyak cakap, responsif, mudah berbincang, bersemangat, sikap tidak kesah, pemimpin. Tubuh nipis, kurang daging, banyak darah, kreatif, sederhana.
 
 
#Aku anak kedua. Agak banyak persamaan dengan teori ni. hehehe....

Ade komen di FB yang menarik minat aku yang aku rasa betul juga apa yang dia komen. :D

Kepada Incik Faqrul Hakim. I loike your Comment.


** Kenyataan di atas hanyalah kajian teori ahli falsafah. =)

THANK YOU for reading this entry. =)